Monday, January 17, 2011

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT SAMBILAN/KONTRAK FAK PERTANIAN UPM

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT SAMBILAN/KONTRAK


Klasifikasi Perkhidmatan :   Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan    :   Sokongan

Taraf Jawatan            :   Kontrak

Gred Jawatan             :   Gred N17

Jadual Gaji              :   P1T1 RM820.38 – PIT24 RM2151.35

RM140.00 sebulan (Elaun Khidmat Awam)

RM180.00 sebulan (Elaun Tetap Perumahan)

RM300.00 sebulan (Elaun Kos Sara Hidup)



Syarat Lantikan:


Calon bagi lantikan

hendaklah memiliki

kelayakan seperti berikut:
   

i)          Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

ii)         Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktraf setaraf;

iii)        Lulus ujian mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas itu sederas 15 p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%;

(Gaji permulaan ialah Gred N17 P1T2 - RM870.29)



Keutamaan:
   

i)          Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer.



Lain – lain:
   

Pegawai - pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat - syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan - pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.


Cara Memohon:
   
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun dari laman web www.reg.upm.edu.my

Peraturan Memohon:
   
Pemohon dikehendaki menyertakan salinan sijil-sijil akademik, salinan sijil ujian trengkas, salinan kad pengenalan dan salinan surat beranak yang telah disahkan. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

Timbalan Pendaftar
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang

(U.P: En. Azizan bin Saad)



Perhatian:
   
i)          Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.


ii)         Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.


iii)        Permohonan yang tidak menerima apa - apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


iv)        Semasa temuduga, bawa bersama semua salinan asal sijil – sijil.



Tarikh Tutup:

Tarikh tutup iklan ialah pada 31 Januari 2010.

No comments: