Wednesday, March 2, 2011

JAWATAN KOSONG PEGAWAI TADBIR (N41) SAMBILAN SPS UPM


JAWATAN KOSONG PEGAWAI TADBIR (N41) SAMBILAN

Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia:

JAWATAN     :PEGAWAI TADBIR GRED N41
KLASIFIKASI :PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN    :PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF       :SAMBILAN

GAJI               : RM73.50 Sehari                            
ELAUN KHIDMAT AWAM : RM13.05 Sehari
ELAUN SARA HIDUP   : RM13.05 Sehari

SYARAT PERLANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a.       Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

b.      Ijazah Sarjana Muda Matematik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

c.       Ijazah Sarjana Muda Statistik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) boleh didapati di Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) atau muat turun di laman web http://admin.upm.edu.my. Sertakan bersama Resume serta dokumen sokongan yang lain.

TARIKH TUTUP : Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di bawah sebelum atau pada 11 Mac 2011 (Jumaat):

Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
(u/p: En. Mohd Fariq bin Ismail)

PERHATIAN :

a.     Permohonan yang tidak lengkap diisi, lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon menyebabkan permohonan tidak dilayan.

b. Hanya calon-calon yang dipilih dalam saringan dan diperakui sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  
Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Fariq Ismail 03-8946 4237.

Khairol Idham Hj. Abdul Khaiyom
Pembantu Tadbir
03-89464217
E-mail             : k_idham@putra.upm.edu.my

No comments: