Tuesday, June 15, 2010

Syair Prebet Lapuk



Dalam penerokaan mencari damai
Maut mengintai sentiasa
Setiap inci di tanah bonda
Ada tanda-tanda merah yang minta korban

Berpadalah

Biarkan keguguran ini menjadi tanda
Biarkan ia dikenang dengan tekad
Sebagai lagenda yang tak kunjung padam
Kerana itu
Bangunlah anak-anak watan
Daerah sempadan melambai dikau datang

Bersama azam
Bersama semboyan kemenangan
Atas keguguran mu kawan
Kerana berbakti kepada nusa
Akan terpahat jua
Seribu harapan yang terus menyala
Untuk masa hadapan
Negaraku yang tercinta


P/s: Sajak di akhir klip (kredit)

Tertengok klip cerita prebet lapuk kat youtube. Bila agaknya kat Malaysia ni nak buat balik cerita² perang yang boleh melekat kat kepala macam Bukit Kepong, Sarjan Hassan. Hmm..maybe market sekarang dah anti- citer ² perang kut. Mase kecik² dulu, menangis aku tengok Bukit Kepong tu. Sekarang klau tengok, layan sorang² je..malu, haha....

Serius, setiap kali dengar sajak ni, berderau darah aku...tegak bulu roma...aku ni bermasalah ke?

No comments: