Tuesday, June 15, 2010

Bye² broadband & I'm coming, UPM!!!

Petang tadi, aku dah pergi Celcom Cube Sg Chua, terminate broadband aku.. Bukan tak puas hati ke ape, bagi aku Celcom adalah terbaik. Mase kerja kat Sapura dulu pun, satu Malaysia aku dah test. Kalau kate bandar2 yang tak berape tepu sangat, speed dia boleh lebih 384 Kbps.. Kalau bab selalu disconnect tu, tu biasa la mobile broadband ni.. Tapi pernah sekali aku dapat speed 1 Mbps kat rumah aku kat Kelantan. Laju beb. Tapi apakan daya, dah takde peluang dah nak outstation.

Staf Celcom tu pulak beriye-iye je taknak bagi aku terminate, siap promote pakej 256Kbps. RM 38 je sebulan. Dia risau kalau² ada application dalam phone aku autoconnect dengan internet. Logik jugak tu, sebab kadang² ade application yang kita tak sedar tengah running. takpe, nnti aku delete semua access point dalam aku punya internet profile. Lagipun, kat rumah ni baru je dapat streamyx 4GB.. Download torrent non stop ni, haha..

Pastu singgah kat Kiosk KWSP kat Hentian Kajang. Nak print penyata ngan activate i-akaun, requirement untuk lapor diri kat UPM nanti. Dah elok2 beratur panjang, sekali mesin tu takleh baca MyCard aku. Sedih betul la kualiti MyCard ni. Takleh flexible sikit. MyCard aku dah boleh nampak 3 layer ternganga kelaparan. Kat die punya smartchip pulak, ada kesan lekuk. Teknologi dah canggih, tapi kualiti macam cikai sangat. Maybe lepas ni, gomen boleh try pakai plate alloy ke (macam rantai askar), atau Biological scanner ke sebagai ganti Mycard ni. Last², beratur kat kaunter aje, mintak tolong staf dia printkan. Nak activate tak boleh, baru pukul 4.45pm tapi kaunter lagi satu staf dia dah nak balik. Bagus staf tu, ingat jugak dia kat anak bini die..


Esok pulak, aku nak pergi wat akuan sumpah kat pesuruhjaya sumpah. Kawan aku recommend dekat Menara Kausar tingkat 6 depan Jusco Wangsa Maju. pastu nak pergi wat medical check-up. Benda simple yang ni la paling aku benci. Setiap kali medical check-up, mesti aku rase pilu. Hmmm... tapi yang penting, Allah akan permudahkan segala rezeki aku. Rahman dan Rahim dari Nya adalah tidak terjangkau oleh akalku.

No comments: