Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Sekadar gambar renungan time tengah hari esok nanti.

Bulan Ramadhan datang lagi. Tiap-tiap tahun, bulan yang sama, tiada beza, cuma pengisian & penghayatan kita. Sejauh mana? Selarat mana? Seikhlas mana?

Puasa adalah ibadah yang istimewa. Satu ibadah yang tak ada orang tahu kita puasa ke tak, tak nampak oleh mata zahir. Bibir kering, jalan tak bermaya, tapi mulut bau rokok, gigi lekat sambal cili. 

Dulu aku pernah bekerja di kalangan orang yang tak puasa. Sekurang-kurangnya, hormat la orang lain. Ni dibantai open minded kononnya, hisap rokok macam syiall. Tapau makan bawak masuk hotel. Sanggup jugak yang masak meggi. Time sahur dia bangun, time buka dia yang lebih. Yang aku hairan, orangnya cukup sifat, dikurniakan kesihatan yang baik. Takat tak makan separuh hari aje dah lembik.

Apa-apa pun, jangan lupa berniat. Sia-sia aje puasa tanpa niat. Kalau mengikut Mazhab As-Shafie dan jumhur ulama, wajib puasa itu niatnya di setiap malam hari. Kalau Mazhab Maliki, boleh niat sekali sahaja mewakili keseluruhan bulan Ramadhan. Ini apa yang aku tahu, puasa itu ibadahnya dikira mengikut hari. Terbatal puasa hari ke-10, maka hari yang pertama puasa dahulu tidak batal. Tapi kalau ibadah haji, walaupun niat sekali saja untuk melakukan kesemua hukum haji, terbatal satu maka terbatal semua. Ibadah sembahyang pulak, terbatal sembahyang di rakaat kedua maka rakaat pertama pun terbatal. Tetapi manusia ni kan jenis pelupa. Komfem satu hari dari 30 hari tu, akan terlupa niat. Maka, boleh niat keseluruhannya pada malam pertama puasa, dan diulangi niat setiap hari di malam-malam yg lain. At least, yg niat keseluruhan tadi boleh cover balik. Semoga ibadah kita di terima oleh Allah. Insya-Allah.Huraian yang lg lanjut, kena tanya pakar la kenapa masing2 berbeza pendapat.

Niat Puasa Sebulan :

 Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati, kullihi lillahi ta’aalaa

Maksudnya :
"Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini keseluruhannya kerana Allah Taala"


Niat hari-hari pulak :

Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala.
Maksudnya :
"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."


Doa Berbuka Pulak (kalau baca untuk mewakili ramai orang, tukar "tu" kepada "na") : 
Allahumma laka somtu/somna wa bika aamantu/aamanna wa ‘alaa rizqika afthartu/aftharna birahmatika ya arhamarrohimin



Maksudnya:
"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"

P/s: 
Ni adalah first time puasa tanpa Ayahanda. Hmm.....
Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh di syurga mu ya Allah.
Allahumagfirli wa liwaa lidayyaa war hamhumaa kamaa robbayaanee sogheera.

No comments: