Tuesday, December 21, 2010

PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27

            PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27

KUMPULAN                 :           SOKONGAN
KLASIFIKASI               :           PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
TARAF JAWATAN        :           SAMBILAN/KONTRAK
JADUAL GAJI              :           P1T1  RM1204.55
                                                           P1T5  RM1470.75
                                                           P1T6  RM1537.30
SYARAT LANTIKAN:
Calon-calon bagi lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27  hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :


i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan

iii. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Sekurang-kurangnya mendapat 2B dalam mata pelajaran berkaitan dan lulus Pengajian Am; atau

iv. Diploma bidang Pentadbiran Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (CGPA 3.0 ke atas); atau

v. Diploma bidang Pengurusan Harta atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (CGPA 3.0 ke atas)

vi. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


vii.    Syarat lain yang ditetapkan oleh Pejabat Pendaftar, UPM

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan seperti yang dilampirkan atau dimuat turun daripada laman web Pejabat Pendaftar UPM di alamat http://www.reg.upm.edu.my/. Sila hantarkan borang yang telah lengkap serta sijil/dokumen yang berkaitan kepada:
                                                                                                                                                                                                                                   
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
            Fakulti Sains
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

TARIKH TUTUP:

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas tidak lewat dari 28 Disember 2010

Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sudut bawah kiri sampul

PERHATIAN :

(i)            Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak  mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
(ii)           Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperaku dipanggil untuk ditemuduga.
(iii)          Keutamaan adalah kepada calon yang mempunyai kemahiran
menggunakan komputer dan perisian Microsoft Word, Microsoft Excell dan lain-lain.
(iv)          Keutamaan juga kepada calon yang bersikap positif dan sentiasa inginkan kecemerlangan.     
(v)           Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Dekan
Fakulti Sains
Universiti Putra Malaysia
Tel: 03-8946 6604/6608

           P/s : Please refer to my previous post, if you want a reason why I'm posting this.

No comments: