Friday, December 31, 2010

Resolusi Tahun 2010, carry forward??

Cepat sungguh masa berlalu...Em, lumrah alam. Kalau tengok bola, tunggu 5 minit masa tambahan pun rasa lambat, tp kalau imbas kembali 12 bulan, rasa cepat aje.

Biasalah, akhir tahun mesti semua orang nak tengok, dah tercapai tak azam awal tahun 2010. Tapi dah terikut-ikut dengan tahun masihi, masih lagi tak dapat nak biasakan diri dengan tahun hijrah. Same aje, tahun masihi ikut matahari, tahun islam ikut bulan. Yang penting, kena muhasabah diri, ada matlamat dan target. Ikut tahun mana pun tak kesah.

So, matlamat aku pada tahun 2010, sama ada dah tercapai atau belum:

1 - Tukar tempat kerja yg lg bagus
2 - Beli kereta/rumah
3 - Mantapkan ekonomi sendiri
4 - Belajar Mandarin
5 - Jaga silaturrahim.
6 - Cari bakal zaujah.


Hmm, semua matlamat duniawi sahaja. Tapi, kalau benda duniawi ni yang mampu menyelamatkan aku semasa ukhrawi, sama ajela..huhu....

So, kalau go through one by one, Alhamdulillah, aku dah dapat kerja yang bagus dekat UPM. Kena dengan apa yang aku belajar, workload pun tidak stress sangat, gaji takdela kencang seperti swasta tetapi ok, secure. Rezeki aku betul la, tiba-tiba dapat kerja jawatan tetap yang mana kebanyakan jawatan kerajaan sekarang adalah kontrak/sambilan, walaupun opening tersebut ada sedikit kekeliruan. 4 bulan aku menganggurkan diri selepas kerja di Sapura, Tuhan dah tunjuk jalan kat aku. Alhamdulillah, segala puji itu layaknya untuk Allah sahaja.

Yang no2 pulak, dulu gatal sangat nak pakai kereta. Punyala survey lama, sampai 3 tahun. Tak beli-beli. Last-last, gamble aje. Dalam masa 3 hari aje dah setel angkat kereta. Puas hati jugakla, ngan Civic ES aku, walaupun ada kos-kos sampingan. Kewangan aku agak terik sekarang ni, mau bayar bulan-bulan lagi. Sampai satu tahap, rasa macam menyesal pun ada. Bukan boleh generate duit sangat kereta ni, makin rabak poket adalah. Tapi, mintak2 lah apa-apa pun yang aku beli, diberkati tuhan. Jangan makan rasuah, itu yang paling penting. Rumah tu nanti lah, modal pun agak besar. Lagipun, aku tak pasti lagi yang tu macam mana, nak beli ke, nak sewakan ke, mungkin terpaksa dimasukkan untuk resolusi tahun depan. Yang penting, dah start survey lokasi pun dah kira ok.

Nak perkasakan ekonomi sendiri macam mana sangat, sumber passive income aku takde. Aku ingat dulu nak ambik kursus sebagai translator, tp sampai sekarang tak tercapai lagi. Harapkan duit gaji aje, lepas-lepas makan ajela. Terfikir jugak nak jadi ejen insuran ke, ejen jual emas ke, keje part time ke. Tapi tahun 2010 agak getir, disebabkan faktor kerja di Sapura dan menganggur. Sekarang, baru nak restart balik, nak bina asas melalui kerjaya dulu. InsyaAllah, nak seribu daya, tak mahu seribu bicara, sediakan seribu cara. Nanti aku usahakan.

Belajar mandarin separuh jalan. Tu pun tak cecah target. Ingatkan boleh belajar sendiri, rupa-rupanya payah jugak. Aku pun dah lupa macam mana aku belajar dulu-dulu. Kalau dulu kerja kat Sapura, terbatas oleh waktu. Sekarang, dah tak boleh pakai dah alasan tu.  Lagipun, kebetulan dah masuk UPM, berlambak kursus bahasa kat sini. Kalau kata tahun depan pun tak tercapai lagi, maknanya hangat-hangat taik ayam ajela. Buang je la dari resolusi aku. Huhu....

Jaga silaturrahim tu lebih kepada nak hidupkan kembali hubungan aku ngan keluarga aku, kawan-kawan lama dan sebagainya. Alhamdulillah, adik-adik aku pun dah reti calling2 aku, walaupun nak mintak duit aje, takde benda lain, huhu....Sekurang-kurangya, ada jugak la yang sembang pasal bola, tanya macam mana nak repair tu, repair ni. Dulu takut nak manja-manja, sekarang dah lepas pemergian ayahanda, abang sulung ni la yang diorang dok paw...pokai pokai....huhu....
Kawan-kawan pun aku dah start contact balik. Yang paling aku sentap, dah ada 2 orang dah kawan aku sekolah maahad dulu yang telah dijemput menghadap ilahi tahun 2010 ni. Lama lost contact, tahu-tahu dah takde. Sentap gila. Semoga Allah memberikan kifarah dosa diatas ujian ke atas hambanya. Al-Fatihah.

Bakal zaujah?? Kahwin?? Entahla... Ada rezeki, adela....kalau takde, kena usahakan la.  tahun 2010, tahun 2009, tahun 2008, same aje dari time lepas grad. Resolusi nak sedapkan hati aje. Mungkin sebab aku terlalu risau. Mungkin juga sebab aku sendiri yang jadi faktor penghalang. Tak yakin pada diri sendiri, ataupun syok sendiri. Mampu berharap ajela.
Malas la cerita personal sangat. Lantaklah...aku dah bagi tahu mak aku, sampai hujung tahun 2011 aku carikan. Kalau tak jumpa jugak, dia carila sape pun, aku malas nak pikir. 1hb Januari 2012 jugak aku kahwin, hehe....
Tapi kan, aku dah takleh menipu diri aku sendiri. Kalau ditakdirkan si dia bakal menjadi zaujah aku, memang aku bertuah gila. Teringat pesan seorang kenalan, selamat berusaha, jangan putus asa dan good luck. Hmm, resolution ni nak carry forward ke??? 50-50...samah-samah...

So, kesimpulan?
3 aje resolusi yang tercapai...Maknanya baru 50%.. Wah, cukup2 makan, lulus...takyah repeat paper...huhu..
tp yang baki tu, mesti kena buat balik....nanti lah, nak pikirkan ape resolusi untuk tahun depan. Tidor lagi bagus....hehe....



No comments: