Monday, March 7, 2011

Rozel : Bunga yang berbuah atau buah yang berbunga??



Hari ni, aku belek-belek pokok rozel aku. 4 bulan aje tanam. Lebat betul buahnya. Tiba-tiba teringat pulak member aku kutuk aku semasa kitorang melepak dekat eskpo MAHA 2010  tahun lepas.

Aku terlepas cakap kat member aku, yang aku menanam pokok buah rozel. Dia pun kutuk aku, mat bunga rupanya. Dalam hati ada taman, kaler pink pulak tuh. Aku pun argue lah dengan dia, yang rozel ni buah, bukan bunga. Dia cakap bunga lah, bukan buah. Aku pun counter, kalau bunga, kenapa dia bercambah dengan biji benih?? Ade ke bunga yang berbenih? Dia cakap, bunga matahari. Tapi Sunflower tu bunga yang takde buah. Buah ngan biji tak sama ke?? Entahh....  Pokpekpokpek....

Hahaha, dekat 5 minit jugakla bertekak, dah lari topik. Last2, masing2 dahaga, pergi kedai minum air.

Tapi bila balik rumah, google pasal pokok ni. BUNGA rupanya....HAHAHA....info dari ni --> 

Memang bunga pun...tapi kembang sehari aje...hehe....

Lantaklah, tak payah sebut buah, tak payah sebut bunga...Panggil aje POKOK Rozel. Aku tak tahula, semenjak aku bekerja dekat UPM ni, aku dah start menghargai pokok. Walaupun mengambil masa dan kesabaran utk menunggu dia berbunga atau berbuah, tapi berbaloi. Tapi aku respek dengan researcher kat UPM ni, macam-macam pokok dia tanam. Pokok mata kucing pun boleh jadi landskap. Kalau orkid, macam-macam kaler ade.

Lagipun, mak aku pernah cakap yang arwah ayah aku kalau dia tanam apa-apa mesti tak menjadi. Aku pun tak tahu kenapa aku agak tercabar dengan statement tersebut. Sekarang, bila dia tengok pokok-pokok limau kasturi dan rozel yang subur mekar, siap dia tanya macam mana aku tanam. Mak aku jarang puji aku depan2. Bangga...hehe.... Dia dah order suruh bawak balik biji benih sebab anak pokok kat rumah habis mati tenggelam banjir..

Betapa luasnya ilmu tuhan yang aku belum pelajari. Sesungguhnya, berbakti kepada tanah, ada faedahnya. Tanah pasir tanam tembakau, tanah paya tanam bakau, tanah bukit tanam sawit, tanah kubur tanam orang.. hehe...

No comments: