Friday, April 8, 2011

Pegawai Tadbir N41 Palapes UPM

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan merupakan salah satu pasukan yang melahirkan pegawai sukarela dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA. Ianya berasaskan kepada Peruntukan Perundangan melalui Seksyen 196 Akta AT 1972 yang memberi kuasa kepada Majlis Angkatan Tentera ( MAT) untuk menubuhkan pasukan – pasukan sukarela. PALAPES UPM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
   

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan  dan Profesional

Taraf Jawatan  : Kontrak

Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir

Gred Jawatan : N41

Syarat Lantikan:

          a)  warganegara Malaysia;

b)  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan:
c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada  peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d)   memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

e)  memiliki ijazah  Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
     (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3); atau

f)   memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
     (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T4).



CARA MEMOHON
Sesiapa yang berminat  diminta mengemukakan pemohonan dengan menggunakan borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ( SPOK/BUM/BR03/JAWATAN 02) yang boleh diperolehi dari  Pejabat Tadbir Awam PALAPES UPM  Tingkat 2 atau boleh muat turun daripada laman web Pejabat Pendaftar di alamat http://admin.upm.edu.my

TARIKH TUTUP:   

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah  dialamatkan   seperti di bawah sebelum 15 April 2011:

 



Timbalan Komandan
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

Tel : 03-8946 7826 (Awam)
    : 03-8946 7974 (Tentera)
Fax : 03-8946 7825
 


PERHATIAN:

(i)   permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

(ii)  hanya calon yang dipilih dalam penyaringan akan dipanggil temuduga.

(iii)keutamaan kepada calon yang mencapai CGPA 3.0 keatas.

(iv)  permohonan  yang tidak mendapat apa–apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup  iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 15 APRIL   2011

No comments: