Saturday, April 9, 2011

Juruteknik Komputer FT17 FPSK UPM

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEKOSONGAN JAWATAN

JURUTEKNIK KOMPUTER - GRED FT17

KUMPULAN : Sokongan
KLASIFIKASI : Perkhidmatan Sistem Maklumat
GAJI : RM674.45 sebulan
RM80.00 (Elaun Khidmat Awam)
RM180.00 (Imbuhan Tetap Perumahan)

SYARAT LANTIKAN :

Calon-calon bagi lantikan ke jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) dalam bidang elektrik atau
elektronik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
(ii) sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T9);
dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Bagi calon yang mempunyai sijil politeknik keutamaan akan diberi kepada
calon yang memperolehi CGPA 3.00 ke atas dan mendapat kepujian dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan salah satu matapelajaran
Sains pada peringkat SPM atau yang setara)

TARAF JAWATAN : Sambilan

CARA MEMOHON: Permohonan hendaklah dibuat di atas Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dari :
PEJABAT DEKAN
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
U.P TIMBALAN PENDAFTAR

TARIKH TUTUP: Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan
ke alamat di atas tidak lewat dari 22 April 2011.

PENEMPATAN : Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia

PERHATIAN :
I. Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut
peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
II. Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil
untuk ditemuduga.
III. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan
dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

No comments: