Tuesday, May 31, 2011

Jawatan kosong UPM

JAWATAN KOSONG
Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia:-
 
Senarai Jawatan Yang Ditawarkan 
   
1 JURURAWAT GRED U29

2 JURUTEKNIK GRED J17

3 JURUTERA GRED J41

4 PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP41

5 PEGAWAI PERTANIAN GRED G41

6 PEGAWAI VETERINAR GRED G41

7 PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17

8 PEMBANTU PENERBITAN GRED N17

9 PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17

10 PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17

11 PENOLONG JURUTERA GRED J29

12 PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27

13 PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U29

14 PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

15 PUSTAKAWAN GRED S41

16 RENJER HUTAN GRED G17

 
 
TARAF JAWATAN 
Semua jawatan di atas bertaraf TETAP .


UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN

a)Calon lantikan terus mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun;

b)Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun;

c)Syarat umur bagi pertimbangan kenaikan pangkat secara lantikan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan

 
LAIN-LAIN:

a)Penetapan gaji permulaan adalah berdasarkan pada kelayakan, kemahiran dan   pengalaman kerja atau kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan;

b)Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
 

CARA MEMOHON :

Semua permohonan jawatan adalah menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara Online (SPJOnline) sepenuhnya dengan memasuki laman web :



Syarat-syarat permohonan jawatan juga boleh didapati melalui laman web yang tertera di atas.

 

PERHATIAN :

Permohonan yang tidak lengkap diisi melalui online atau tidak menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara online (SPJOnline) boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

 

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh lima (5) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

 

TARIKH TUTUP: Tarikh tutup permohonan melalui Sistem Permohonan Jawatan secara online (SPJOnline) ialah tidak lewat dari 17 Jun 2011.

 

Saturday, April 9, 2011

Juruteknik Komputer FT17 FPSK UPM

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEKOSONGAN JAWATAN

JURUTEKNIK KOMPUTER - GRED FT17

KUMPULAN : Sokongan
KLASIFIKASI : Perkhidmatan Sistem Maklumat
GAJI : RM674.45 sebulan
RM80.00 (Elaun Khidmat Awam)
RM180.00 (Imbuhan Tetap Perumahan)

SYARAT LANTIKAN :

Calon-calon bagi lantikan ke jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) dalam bidang elektrik atau
elektronik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
(ii) sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T9);
dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Bagi calon yang mempunyai sijil politeknik keutamaan akan diberi kepada
calon yang memperolehi CGPA 3.00 ke atas dan mendapat kepujian dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan salah satu matapelajaran
Sains pada peringkat SPM atau yang setara)

TARAF JAWATAN : Sambilan

CARA MEMOHON: Permohonan hendaklah dibuat di atas Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dari :
PEJABAT DEKAN
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
U.P TIMBALAN PENDAFTAR

TARIKH TUTUP: Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan
ke alamat di atas tidak lewat dari 22 April 2011.

PENEMPATAN : Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia

PERHATIAN :
I. Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut
peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
II. Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil
untuk ditemuduga.
III. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan
dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Friday, April 8, 2011

Pegawai Tadbir N41 Palapes UPM

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan merupakan salah satu pasukan yang melahirkan pegawai sukarela dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA. Ianya berasaskan kepada Peruntukan Perundangan melalui Seksyen 196 Akta AT 1972 yang memberi kuasa kepada Majlis Angkatan Tentera ( MAT) untuk menubuhkan pasukan – pasukan sukarela. PALAPES UPM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
   

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan  dan Profesional

Taraf Jawatan  : Kontrak

Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir

Gred Jawatan : N41

Syarat Lantikan:

          a)  warganegara Malaysia;

b)  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan:
c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada  peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d)   memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

e)  memiliki ijazah  Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
     (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3); atau

f)   memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
     (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T4).



CARA MEMOHON
Sesiapa yang berminat  diminta mengemukakan pemohonan dengan menggunakan borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ( SPOK/BUM/BR03/JAWATAN 02) yang boleh diperolehi dari  Pejabat Tadbir Awam PALAPES UPM  Tingkat 2 atau boleh muat turun daripada laman web Pejabat Pendaftar di alamat http://admin.upm.edu.my

TARIKH TUTUP:   

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah  dialamatkan   seperti di bawah sebelum 15 April 2011:

 



Timbalan Komandan
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

Tel : 03-8946 7826 (Awam)
    : 03-8946 7974 (Tentera)
Fax : 03-8946 7825
 


PERHATIAN:

(i)   permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

(ii)  hanya calon yang dipilih dalam penyaringan akan dipanggil temuduga.

(iii)keutamaan kepada calon yang mencapai CGPA 3.0 keatas.

(iv)  permohonan  yang tidak mendapat apa–apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup  iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 15 APRIL   2011

Monday, March 7, 2011

Rozel : Bunga yang berbuah atau buah yang berbunga??



Hari ni, aku belek-belek pokok rozel aku. 4 bulan aje tanam. Lebat betul buahnya. Tiba-tiba teringat pulak member aku kutuk aku semasa kitorang melepak dekat eskpo MAHA 2010  tahun lepas.

Aku terlepas cakap kat member aku, yang aku menanam pokok buah rozel. Dia pun kutuk aku, mat bunga rupanya. Dalam hati ada taman, kaler pink pulak tuh. Aku pun argue lah dengan dia, yang rozel ni buah, bukan bunga. Dia cakap bunga lah, bukan buah. Aku pun counter, kalau bunga, kenapa dia bercambah dengan biji benih?? Ade ke bunga yang berbenih? Dia cakap, bunga matahari. Tapi Sunflower tu bunga yang takde buah. Buah ngan biji tak sama ke?? Entahh....  Pokpekpokpek....

Hahaha, dekat 5 minit jugakla bertekak, dah lari topik. Last2, masing2 dahaga, pergi kedai minum air.

Tapi bila balik rumah, google pasal pokok ni. BUNGA rupanya....HAHAHA....info dari ni --> 

Memang bunga pun...tapi kembang sehari aje...hehe....

Lantaklah, tak payah sebut buah, tak payah sebut bunga...Panggil aje POKOK Rozel. Aku tak tahula, semenjak aku bekerja dekat UPM ni, aku dah start menghargai pokok. Walaupun mengambil masa dan kesabaran utk menunggu dia berbunga atau berbuah, tapi berbaloi. Tapi aku respek dengan researcher kat UPM ni, macam-macam pokok dia tanam. Pokok mata kucing pun boleh jadi landskap. Kalau orkid, macam-macam kaler ade.

Lagipun, mak aku pernah cakap yang arwah ayah aku kalau dia tanam apa-apa mesti tak menjadi. Aku pun tak tahu kenapa aku agak tercabar dengan statement tersebut. Sekarang, bila dia tengok pokok-pokok limau kasturi dan rozel yang subur mekar, siap dia tanya macam mana aku tanam. Mak aku jarang puji aku depan2. Bangga...hehe.... Dia dah order suruh bawak balik biji benih sebab anak pokok kat rumah habis mati tenggelam banjir..

Betapa luasnya ilmu tuhan yang aku belum pelajari. Sesungguhnya, berbakti kepada tanah, ada faedahnya. Tanah pasir tanam tembakau, tanah paya tanam bakau, tanah bukit tanam sawit, tanah kubur tanam orang.. hehe...

Reconstruction

Reconstruction


Wednesday, March 2, 2011

JAWATAN KOSONG PEGAWAI TADBIR (N41) SAMBILAN SPS UPM


JAWATAN KOSONG PEGAWAI TADBIR (N41) SAMBILAN

Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia:

JAWATAN     :PEGAWAI TADBIR GRED N41
KLASIFIKASI :PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN    :PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF       :SAMBILAN

GAJI               : RM73.50 Sehari                            
ELAUN KHIDMAT AWAM : RM13.05 Sehari
ELAUN SARA HIDUP   : RM13.05 Sehari

SYARAT PERLANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a.       Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

b.      Ijazah Sarjana Muda Matematik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

c.       Ijazah Sarjana Muda Statistik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) boleh didapati di Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) atau muat turun di laman web http://admin.upm.edu.my. Sertakan bersama Resume serta dokumen sokongan yang lain.

TARIKH TUTUP : Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di bawah sebelum atau pada 11 Mac 2011 (Jumaat):

Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
(u/p: En. Mohd Fariq bin Ismail)

PERHATIAN :

a.     Permohonan yang tidak lengkap diisi, lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon menyebabkan permohonan tidak dilayan.

b. Hanya calon-calon yang dipilih dalam saringan dan diperakui sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  
Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Fariq Ismail 03-8946 4237.

Khairol Idham Hj. Abdul Khaiyom
Pembantu Tadbir
03-89464217
E-mail             : k_idham@putra.upm.edu.my

Friday, February 18, 2011

PENOLONG PENDAFTAR (PEGAWAI TADBIR) N41 BKK, UPM

IKLAN JAWATAN KOSONG PENOLONG PENDAFTAR N41 
(KETUA SEKSYEN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA DI BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA)

 
Tarikh tutup: MAC 2011


 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, PEJABAT PERMASARAN DAN KOMUNIKASI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA mempelawa warga negara Malaysia yang berinovatif, berfikiran global, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut;

PENOLONG PENDAFTAR N41 (
Ketua Seksyen Perhubungan Antarabangsa di Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Putra Malaysia)

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4); Taraf Jawatan:Kontrak


 

SYARAT-SYARAT LANTIKAN


Kelayakan:


(a)  ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau


(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau


(b)   kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Syarat Lantikan Tambahan


Keutamaan kepada calon :


(a)  fasih dalam Bahasa Inggeris, penulisan dan lisan.


(b)  mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C1 dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.


(c)  mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana muda (tertakluk kepada budibicara Jawatankuasa Pemilih)




CARA MEMOHON


Temuduga dijalankan secara walk-in interview bermula 21 Februari.


Sila emelkan CV terkini di alamat e-mel
dell@putra.upm.edu.my  @ Sila bawa CV terkini dan dokumen yang berkaitan berserta satu set salinan fotostat yang telah disahkan dan sekeping gambar terkini berukuran passport ke:


Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Permasaran dan Komunikasi
Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran

Universiti Putra Malaysia


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada;


Pn. Delila
Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi
Tel: 0389466003
Email:
dell@putra.upm.edu.my